PENAMA KWSP BUKAN PEMILIK MUTLAK WANG SIMPANAN KWSP SIMATI.
- faiz fahmy
- Apr 9, 2020
- 1 min read
Teringat beberapa bulan lepas, sedang saya menunggu dikaunter untuk pemfailan kes di Mahkamah, saya didatangi oleh seorang wanita dengan wajah yang sedih dan muram sambil mendukung seorang bayi dan memimpin anak kecil. Dengan perlahan, beliau memperkenalkan Teringat diri dan meminta pandangan dari saya cara untuk membuat permohonan sijil faraid. Lantun suaranya tersekat-sekat dan seperti tergesa-gesa seolah menyimpan seribu beban dibahu dan dihati. Kolam matanya seolah baru lepas kekeringan.
Lantas sy terus selidik bertanya apa kisah sebenarnya. Rupanya dia maklum ayahnya baru sahaja meninggal dunia. Ayahnya berkahwin dua, dia adalah anak kepada isteri pertama. Ibu tirinya (isteri kedua ayah) datang ke rumahnya dan memaklumkan bahawa ibu tirinya adalah penama bagi KWSP ayahnya. Dengan penuh yakin dan tegas ibu tirinya menyatakan bahawa bahawa beliau sahaja yang layak secara total terhadap kesemua jumlah wang tersebut kerana simati telah meletakkan nama kepadanya semasa masih hidup.
Perlu diingat inilah kekeliruan dan pemahaman salah sebilangan ahli Masyarakat kita hari ini seolah-olah kian bercambah dan membarah. Ingin saya tekankan bahawa PENAMA BUKAN PEMILIK MUTLAK kepada keseluruhan wang KWSP simati. Penama hanyalah sebagai PEMEGANG AMANAH yang mana terletak padanya TANGGUNGJAWAB untuk melaksanakan pembahagian kepada kesemua ahli waris. Kekhilafan pemahaman dan salah faham ini seolah sebati dalam kalangan masyarakat yang mana harus didik dengan pemahaman yang sebenar. Soalnya, tak takutkah kita pada dosa merasa nikmat harta orang lain?
Namun begitu, inilah lumrah realiti kehidupan Tuan-tuan dan Puan-puan bila bicara soal duit harta dan kekayaan. Jika semalam terasanya masih lagi enak bersapa mesra, bertepuk tampar gembira saudara-saudara, hari ini bisa jadi musuh sejati, sebab apa Tuan-tuan dan Puan-puan?
HARTA.

Comments