top of page
Search

KENAPA PERLU MENGGUNAKAN KHIDMAT PEGUAM UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN MUTAAH?

  • Writer: faiz fahmy
    faiz fahmy
  • Apr 6, 2020
  • 1 min read

Kebiasaan saya melihat isteri yang setelah berlaku penceraian (Perkahwinan Muslim) sering tertanya-tanya apa yang boleh dituntut daripada bekas suami. Antara tuntutan yang boleh dibuat adalah dengan membuat permohonan Mutaah.



Soalannya, apa itu Mutaah? Mutaah adalah bayaran oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut Hukum Syarak. Kadar mutaah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. Namun sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.


Kebiasaan soalan “Favourite” pihak menuntut: Berapa jumlah yang saya layak tuntut? Jawapan : Secara jelasnya tiada sebarang formula ajaib berkenaan berapa jumlah ketetapan yang boleh dituntut oleh isteri. Secara asasnya jumlah perlu diletakkan atas keredhaan kedua pihak. Namun jika berlaku pertikaian soal jumlah itu yang perlu dibawa kepada Mahkamah untuk ditetapkan.

Kebiasaan soalan “Favourite” kedua pihak menuntut: Jadi saya boleh suka-suka letak jumlah? Jawapan: Sebab itu digalakkan sebelum membuat tuntutan adalah seeloknya mendapatkan nasihat serta pandangan daripada Peguam terlebih dahulu sebelum memulakan dan memfailkan tuntutan. Ini kerana Penuntut tidak boleh suka-suka meletakkan sebarang jumlah tanpa sebarang justifikasi. Dalam penentuan jumlah Mahkamah menilai pelbagai aspek, kesemua ruang lingkup, penilaian setiap muka surat helaian dokumen-dokumen serta keterangan-keterangan saksi melalui perbicaraan. Mahkamah juga menilai pelbagai faktor seperti, tempoh perkahwinan, kemampuan suami, taraf kedudukan isteri, sumbangan isteri dalam tempoh perkahwinan dan sebagainya.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan tuntutan Mutaah? Hubungi kami segera.

ree
 
 
 

Comments


© 2020 by Fairul Fahmy & Co. 

Address : 1-04-03, Subang Suria, Jln Bintang U5/33, Seksyen U5 40150 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-7831 3415 / 017-3671454 / 013-9662294

  • White Facebook Icon
bottom of page